Pendahuluan
Kalimah syahadatain adalah kalimah yang tidak asing
lagi bagi umat Islam. Kita senantiasa menyebutnya setiap hari, misalnya ketika
shalat dan azan. Kalimah syahadatain sering diucapkan oleh umat Islam dalam
pelbagai keadaan. Sememangnya kita menghafal kalimah syahadah dan dapat
menyebutnya dengan fasih, namun demikian sejauh manakah berkesan kalimah
syahadatain ini difahami dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari ummat
Islam?
Soalan tersebut perlu dijawab dengan realiti yang ada.
Tingkah laku ummat Islam yang terpengaruh dengan jahiliyah atau cara hidup Barat
yang memberi gambaran bahwa syahadah tidak memberi kesan lainnya seperti tidak
menutup aurat, melakukan perkara-perkara larangan dan yang meninggalkan
perintah-Nya, memberi kesetian dan taat bukan kepada Islam, dan mengingkari
rezki atau tidak menerima sesuatu yang dikenakan kepada dirinya. Contoh ini
adalah wujud dari seseorang yang tidak memahami syahadah yang dibacanya dan
tidak mengerti makna yang sebenarnya di bawa oleh syahadah tersebut.
Kalimah syahadah merupakan asas utama dan landasan
penting bagi rukun Islam. Tanpa syahadah maka rukun Islam lainnya akan runtuh
begitupun dengan rukun iman. Tegaknya syahadah dalam kehidupan seorang individu
maka akan menegakkan ibadah dan dien dalam hidup kita. Dengan syahadah maka
wujud sikap ruhaniah yang akan memberikan motivasi kepada tingkah laku jasmaniah
dan akal fikiran serta memotivasi kita untuk melaksanakan rukun Islam
lainnya.
Menegakkan Islam maka mesti menegakkan rukun Islam
terlebih dahulu, dan untuk tegaknya rukun Islam maka mesti tegak syahadah
terlebih dahulu. Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa: Islam itu bagaikan
sebuah bangunan. Untuk berdirinya bangunan Islam itu harus ditopang oleh 5
(lima) tiang pokok iaitu syahadatain, shalat, saum, zakat dan haji ke baitul
haram. Dalam hadits yang lain: shalat sebagai salah satu rukun Islam
merupakan tiangnya ad dien.
Di
kalangan masyarakat Arab di zaman Nabi SAW, mereka memahami betul makna dari
syahadatain ini, terbukti dalam suatu peristiwa di mana Nabi SAW mengumpulkan
ketua-ketua Quraiys dari kalangan Bani Hasyim, Nabi SAW bersabda: Wahai
saudara-saudara, mahukah kalian aku beri satu kalimat, di mana dengan kalimat
itu kalian akan dapat menguasai seluruh jazirah Arab. Kemudian Abu Jahal terus
menjawab: Jangankan satu kalimat, sepuluh kalimat berikan padaku. Kemudian Nabi
SAW bersabda: Ucapkanlah Laa ilaha illa Allah dan Muhammadan Rasulullah. Abu
Jahal pun terus jawab: Kalau itu yang kau mau, berarti engkau mengumandangkan
peperangan dengan semua orang Arab dan bukan Arab.
Penolakan Abu Jahal kepada kalimah ini, bukan kerana
dia tidak faham akan makna dari kalimat itu, tetapi justeru sebaliknya. Dia
tidak mau menerima sikap yang mesti tunduk, taat dan patuh kepada Allah SWT
sahaja, dengan sikap ini maka semua orang akan tidak tunduk lagi kepadanya. Abu
Jahal ingin mendapatkan loyaliti dari kaum dan bangsanya. Penerimaan syahadah
bermakna menerima semua aturan dan segala akibatnya. Penerimaan inilah yang
sulit bagi kaum jahiliyah mengaplikasikan syahadah.
Sebenarnya apabila mereka memahami bahawa loyaliti
kepada Allah itu juga akan menambah kekuatan kepada diri kita. Mereka yang
beriman semakin dihormati dan semakin dihargai. Mereka yang memiliki kemampuan
dan ilmu akan mendapatkan kedudukan yang sama apabila ia sebagai muslim. Abu
Jahal adalah tokoh di kalangan Jahiliyah dan ia memiliki banyak potensi di
antaranya ialah ahli hukum (Abu Amr). Setiap individu yang bersyahadah, maka ia
menjadi khalifatullah fil Ardhi.
Kalimah syahadah mesti difahami dengan benar, kerana
di dalamnya terdapat makna yang sangat tinggi. Dengan syahadah maka kehidupan
kita akan dijamin bahagia di dunia ataupun di akhirat. Syahadah sebagai kunci
dan tiang daripada dien. Oleh itu, marilah kita bersama memahami syahadatain
ini.
bersambung
refrensi
kabar48
bersambung
refrensi
kabar48
Tidak ada komentar:
Posting Komentar